Blogger Templates

Jumaat, 1 Mac 2013

Latihan Kata Ganti Nama Diri- Tahun 5

Pilih kata ganti nama yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
          Dia      Kami    Beliau   Baginda     Kamu
1. ___________ tidak seharusnya berasa cemburu dengan kejayaan orang lain,” nasihat ibu
2.___________  sultan menganugerahkan persalinan kepada Hang Tuah atas jasanya.
3. Perdana Menteri akan datang ke Perak. ___________ akan merasmikan pembukaan sekolah baru.
4. ___________ sangat rindu akan neneknya di kampung.
5.___________amat memerlukan bantuan dan kerjasama anda semua untuk menyelesaikan kes ini.

Latihan Karangan Tahun 5

Sila buat sebuah karangan yang bertajuk "Aku Sebuah Jam" dalam buku latihan karangan. Hantar Karangan anda pada hari Isnin (4 Mac 2013)




Latihan Bahasa MalaysiaTahun 5: Penjodoh Bilangan

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Jurugambar itu menggunakan empat____________ filem untuk mengambil gambar pasangan 
    pengantin itu.
    A   gelung                                     C   gulung
    B   kotak                                       D   buah

2. Saya rasa se_____________ sabun tidak mencukupi untuk mencuci pakaian yang banyak itu.
    A  biji                                            C  buah
    B  batang                                       D  buku

3. Jalil mengarang se______________ pantun nasihat untuk adiknya.
    A  baris                                         C  potong
    B  patah                                        D  rangkap

4. Haziq memegang se_____________ tombak semasa berlakon dalam drama purba itu.
   A  pucuk                                        C  pasukan
   B  pasang                                       D  rangkap

5. Adik makan se___________ jagung dan beberapa _____________ cempedak.
  A  biji....baris                                   C  tongkol.....ulas
  B  hiris...ketul                                  D  potong....pangsa

Isnin, 28 Januari 2013

Kata Aluan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman blog Cikgu Masanah